MIRI: Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyampaikan cek berjumlah RM2 juta kepada wakil Gereja St. Dominic, Taman Tunku di Lapangan Terbang Miri pada Jumaat.

Menurut wakil gereja ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan UNIFOR di atas sumbangan ini bagi keperluan rumah ibadat di DUN Lambir.

Ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang mengamalkan pendekatan inklusif kepada rakyat Sarawak yang berbilang agama dalam membantu pihak mereka menguruskan gereja.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat bersama beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.