SARIKEI: Seramai 28 peserta terdiri daripada golongan belia telah menyertai Program Khas Latihan Kompetensi Kemahiran Personal Binaan anjuran CIDB melalui ABM yang bermula dari 21 hingga 25 Oktober 2020.

Ia telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab di Dewan Serbaguna Kampung Seberang pada Jumaat.

Program dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir yang terlatih bagi memenuhi permintaan pasaran kerja selain memberi dan meningkatkan kemahiran khusus terkini.

Peserta telah didedahkan dengan ilmu-ilmu khusus dalam bidang teknikal dan pembelajaran amali.

Turut hadir Pengarah CIDB Negeri Sarawak Merzan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Abdul Rahman Ahmad, Pengurus CIDB Cawangan Sibu Chuang Kuang Hong, Temenggong Awangku Ibrahim, Pemanca Awang Kenit, Penghulu Bidin Bong, Kr Misiah Abu Seman serta Ketua Kaum.