KUCHING: Perjanjian antara CPA Australia dengan Swinburne Sarawak membuka peluang kepada pelajar untuk melengkapkan Peperiksaan Profesional CPA dalam masa yang singkat.

Perjanjian ini memberi ruang kepada pelajar dalam jurusan perakaunan dan kewangan untuk menyertai ‘Fast Track Pathway’ yang memerlukan hanya setahun setengah untuk menyelesaikan kesemua ujian profesional CPA tersebut.

Pelajar boleh mendaftar sebagai ahli CPA Australia dan menduduki tiga kertas ujian iaitu Etika dan Tadbir Urus, Pengurusan Strategik Perakaunan dan Laporan Kewangan.

Kelas yang diadakan termasuk segmen pendidikan, pengalaman pembelajaran di tempat kerja serta bengkel menjurus kepada Peperiksaaan Profesional CPA yang dijalankan elama enam minggu pada setiap hujung minggu.

Dekan Fakulti Perniagaan, Reka Bentuk dan Seni, Profesor Dr Lee Miin Huui menjelaskan bahawa CPA Australia adalah badan perakaunan profesional yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia.

“Graduan yang memiliki kelayakan profesional seperti kelayakan dari CPA Australia mempunyai kelebihan apabila mencari pekerjaan pada,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Pengarah KursusKursus Profesional, Dr Fung Chorng Yuan menjelaskan bahawa pelajar boleh mengambil ketiga-tiga kertas ujian yang ditawarkan dalam program ‘Fast Track Pathway’ tanpa menggangu pembelajaran sarjana muda mereka.

Program bertaraf antarabangsa ini banyak membantu dalam kerjaya ahli mereka, sekali gus melengkapkan pelajar dengan kemahiran perakaunan dan isu-isu dinamik organisasi moden kini.

Pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan pengambilan Peperiksaan Profesional CPA, boleh menghantar pertanyaan melalui e-mel: studycpa@swinburne.edu.my.