Jumlah jangkitan Covid-19 kini menuju ke angka 42 juta.

Setakat pagi ini, jumlah keseluruhan kes dijangkiti di seluruh dunia sudah mencecah 41,966,941.

Dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Worldometers, terdapat lebih 477,000 kes baharu.

Jumlah kematian yang direkodkan sejak virus maut itu menular di Wuhan, China pada akhir tahun lalu ialah 1.142,158 orang.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi jumlah kes dan kematian.

Negara itu mempunyai lebih 8.66 juta kes dengan 228,378 kematian setakat pagi ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat lebih 74,000 kes  jangkitan dan 970 kematian.

Ini  disusuli India dengan lebih 7.75 juta kes dengan lebih 117,000 kematian.

India merekodkan lebih 54,000 kes jangkitan dan 683 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Berada di tangga ketiga ialah Brazil dengan 5.33 juta kes, dan lebih 155,000 kematian.

Di belakang Brazil ialah Rusia dengan 1.46 juta kes dengan lebih 25,000 kematian.

Sepanyol berada di tangga kelima dengan 1.09 juta kes jangkitan dan lebih 34,000 kematian.