BEIJING: Seorang wanita dari Zizhong, wilayah Sichuan yang memenangi kes pertikaian buruh terhadap bekas majikannya menerima kejutan apabila menerima wang pampasannya dalam bentuk syiling.

Wanita itu mendapat wang pampasan berjumlah 6,000 yuan (RM3,689.60) dan dia menerima dua bakul duit syiling 0.1 yuan dari pejabat buruh.

Wanita itu juga diminta mengira ke semua syiling tersebut bagi memastikan jumlahnya betul menyebabkan dia rasa terhina.

Akauntan bekas majikannya menafikan tuduhan cuba menghina wanita tersebut dan memberitahu pihak buruh tidak menetapkan pampasan itu harus dibayar tunai atau dalam wang kertas 100 yuan.

Akauntan itu bagaimanapun mengaku syarikat mereka tidak puas hati kerana terpaksa membayar wang pampasan tersebut.

Jabatan buruh pula mengatakan mereka hanya menyelesaikan perselisihan itu tetapi tidak dapat mengatur bagaimana wang itu dibayar.