CALIFORNIA: Seorang pemotong pokok melalui saat cemas apabila hujung pokok palma yang dipotongnya menyebabkan batang pokok itu melantun dan berdiri tegak sebelum ia bergerak ke kiri dan kanan.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan lelaki itu terpaksa bertahan pada batang pokok bagi mengelak dirinya jatuh.

Insiden cemas ini sempat dirakam pejalan kaki yang kemudiannya memuat naik video tersebut ke akaun Twitternya.

Setelah pokok itu tegak semula, lelaki itu kemudiannya turun perlahan-lahan ke tanah dengan selamat.

Dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan.