KUALA LUMPUR: Kepimpinan Umno dan Pas  bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional  (MN) secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama-sama hari ini kepemimpinan Muafakat Nasional bersepakat secara bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang sepatutnya dijadualkan semalam, ditangguhkan seiring dengan arahan PKPB yang dilaksanakan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menangani penularan Covid-19.

Perkembangan terbaharu ini berlaku di sebalik dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau sudah mempunyai jumlah ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.