TARAT: Penduduk di kawasan Tarat telah menerima banyak pembangunan menerusi pelbagai peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, antaranya pembangunan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan dana dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Justeru kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu, penduduk setempat perlu terus menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan kelangsungan pembangunan.

Beliau berkata demikian semasa melakukan perasmian simbolik kerja-kerja penambahbaikan Chapel St. Vincent De Paul di Kampung Chupak.

Dimaklumkan, Chapel tersebut telah didirikan pada 28 Disember 2008 dengan bantuan dan sumbangan umat Gereja St Michael Teng Bukap dan daripada Datuk Roland Sagah. 

Penduduk Tarat Terima Pembangunan BerterusanTARAT: Penduduk di kawasan Tarat telah menerima banyak pembangunan…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, October 19, 2020