SERIAN: Pilihan Raya Negeri ke-12 akan tetap diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-11 berakhir pada April 2021.

Justeru, Naib Di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang juga Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyeru Pergerakan Wanita PBB terutamanya di Serian untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat dan dalam masa yang sama memerangi pandemik COVID- 19.

Beliau berkata demikian dalam Program Sarawak Kita Empun Serian (zon Serian Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja) di Dewan Masyarakat Serian pada Ahad.

Datuk Amar Michael Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu menegaskan, pembangunan yang dinikmati oleh rakyat sekarang membuktikan kerajaan GPS komited memenuhi keperluan dan permasalahan penduduk.

Sementara itu, dalam program sama, Pengerusi Pengelola Sarawak Kita Empun merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turut memberitahu setiap jentera parti harus mematuhi norma-norma baharu kaedah berkempen dan menyantuni masyarakat dalam era baru.

Beliau berharap jentera-jentera parti diketiga-tiga DUN dapat menjalankan tugas dan bertindak aktif agar pilihanraya milik GPS dan dapat mengekalkan pemilikan Sarawak.-

PRN Semakin Hampir, Wanita PBB Serian Diseru Siap SediaSERIAN: Pilihan Raya Negeri ke-12 akan tetap diadakan sebelum…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, October 19, 2020