SIBU: PSB pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh tidak akan mampu menunaikan janji untuk membawa pembangunan di negeri ini khususnya di luar bandar.

Demikian  komen Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing terhadap kemampuan PSB kepada media di sini hari ini.

Lebih 200 ahlinya termasuk bekas Pengerusi Protem PSB Ngemah, Susan Clement Ingun mengambil tindakan keluar parti berkenaan pada Isnin.

Jelasnya jika PSB  hanya banyak berjanji dan hanya pandai mengkritik, tetapi tidak akan mungkin dapat membawa pembangunan ke kawasan luar bandar.

Susan Clement  pada Isnin dipetik  media sebagai berkata: “Kami telah kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan parti PSB kerana kegagalan mereka untuk menyumbang bukan hanya untuk pembangunan rakyat tetapi untuk kesejahteraan rakyat.”