Sunday, January 23, 2022

Trak ‘tumbang’ akibat jalan ‘bergelombang’ dan berlubang di jalan Sungai Pasir- Selalang

Secara Rawak

KABONG: Jalan ‘bergelombang’ dan berlubang di kawasan sepanjang jalan pesisir dari Simpang Sungai Pasir ke Selalang menyebabkan sebuah trak ‘tumbang’ ketika melalui jalan raya berkenaan pagi tadi.

Jalan raya berkenaan mengalami kerosakan di beberapa kawasan semenjak aktiviti mengangkut tanah dilakukan oleh trak dan lori-lori besar pihak kontraktor yang telah bermula sejak tahun lalu.

Jalan raya di kawasan yang dilalui kenderaan berat itu kini mengalami kerosakan teruk dan perlu diberi perhatian segera oleh pihak berwajib bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Taim memberitahu jalan raya di kawasan tersebut menjadi semakin teruk apabila hujan kerap turun pada masa kini.

Taim memberitahu beberapa pengguna jalan raya termasuk dia sendiri pernah mengalami kerosakan kenderaan dan pecah tayar akibat lubang di jalan raya berkenaan.

Tidak terkecuali keadaan jalan raya yang rosak teruk itu hangat diperkatakan di laman media sosial pengguna.

Sehubungan dengan itu dia berharap tindakan dapat diambil oleh pihak berwajib bagi membaiki jalan raya yang rosak di kawasan berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru