TARAT: Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Sarawak iaitu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) banyak memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Justeru, Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn mengingatkan penduduk untuk terus menyokong kerajaan GPS demi pembangunan yang berterusan.

Beliau berkata demikian semasa Simbolik Kerja-kerja Penambahbaikan Chapel St. Vincent De Paul, Kampung Chupak pada Ahad.

Jelas beliau, pembangunan-pembangunan tersebut dibawa oleh kerajaan negeri melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) , dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).