SRI AMAN: Kestabilan dan keamanan Sarawak dapat dilihat daripada rakyat yang bersatu padu dan harmoni dengan kepelbagaian kaum yang dimiliki.
Menteri Muda Belia Dan Sukan Sarawak merangKap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan, menyeru setiap rakyat untuk terus mengekalkan semangat perpaduan dan menghindari hasutan dari luar yang cuba memecahkan perpaduan penduduk terutamanya di rumah-rumah panjang.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Randau Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kampung Gayau, Pantu pada Sabtu.
Dalam program itu juga, Datuk Snowdan telah memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Tr Tingga dan sejumlah RM5,000 untuk biro wanita.
Sementara itu, beliau turut bersetuju untuk memberi peruntukan bagi membina benteng jalan kampung tersebut.