KUCHING: Hari Rabies Sedunia 2020 disambut bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan rabies serta menyerlahkan kemajuan dalam melawan penyakit yang merbahaya itu.

“Setiap orang dapat membantu dengan memberi vaksin kepada haiwan kesayangan mereka dan bekerjasama dengan doktor, doktor haiwan, Sarawak Society for Prevention of Cruelty Animals (SSPCA) dan lain-lain dalam meningkatkan kesedaran tentang pencegahan serta kawalan rabies,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datu Antonio Kahti Galis semasa mewakili Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Pelancaran Hari Rabies Sedunia 2020 di Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Serbaguna MBKS, Kuching Sabtu.

Menurut Datu Antonio, setiap tahun kira-kira seramai 50,000 orang di seluruh dunia telah maut disebabkan wabak tersebut.

Di samping itu, wabak tersebut dapat dicegah melalui kesedaran rabies dan melibatkan komuniti dengan menasihati mereka untuk sentiasa berhati-hati. 

Sambutan Hari Rabies Sedunia 2020 Di Peringkat Negeri SarawakKUCHING: Hari Rabies Sedunia 2020 disambut bagi…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020