BINTULU: Bintulu mempunyai ramai belia yang berpotensi untuk diangkat sebagai jurulatih kecergasan yang bertauliah.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, dengan bakat dan kemahiran yang ada membolehkan mereka ini boleh mewakili Sarawak pada peringkat kebangsaan nanti.

“Selepas kursus ini, para peserta juga dibentuk agar dapat melaksanakan latihan kecergasan berpandukan Keselamatan latihan fizikal yang di rujuk melalui Institut Sukan Negara (ISN).

“Program ini juga mampu memberikan pengetahuan serta kaedah untuk melaksanakan sesuatu latihan dengan berpandukan kemahiran kejurulatihan yang diikuti.

“Dengan adanya program ini dapat dapat mempertingkatkan lagi kemahiran kejurulatihan para peserta ke tahap yang lebih profesional dan mewakili negeri di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Jurulatih Kecergasan Siri 4, Bahagian Bintulu di Dewan Suarah, Bintulu pada Jumaat.

Datuk Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak menasihatkan peserta supaya menjadi seorang jurulatih yang bersifat integriti seperti mana yang dituntut dalam setiap agama. 

Belia Di Bintulu Berpotensi Menjadi Jurulatih Kecergasan Bertaulih Peringkat KebangsaanBINTULU: Bintulu mempunyai…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020