TATAU: Tahniah kepada penduduk Rumah Das Nyanggau kerana telah berjaya mendapat pinjaman bagi membina rumah panjang baharu.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, secara keseluruhannya penduduk Rumah Das yang mempunyai 25 buah pintu itu mendapat pinjaman sebanyak RM750,000 dengan setiap pintu mendapat pinjaman sebanyak RM30,000 dari Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)

“Inilah satu cara Kerajaan GPS membantu rakyat di Sarawak untuk melancarkan pembinaan rumah panjang baharu dengan menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah iaitu dengan kadar bayaran RM100 sebulan.

“Nilai pinjaman tersebut adalah dalam bentuk bahan binaan.

Sehingga kini sebanyak 7 buah rumah panjang di kawasan DUN Kakus telah diluluskan pinjaman membina rumah panjang,” katanya, semasa berucap dalam Program Ngentak Rumah Panjang Baharu, Rh Das Nyanggau, Sungai Kelawit, Tatau di Rumah Das Nyanggau, Sungai Kelawit, Tatau pada Jumaat.

Beliau turut menggesa kepada penduduk supaya segera membina rumah sebaik sahaja mendapat bahan binaan dan bekerjasama serta rekaan setiap rumah yang dibina seragam terutama dari hadapan rumah sehingga ke bahagian ruai dan yang penting mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Datuk John Sikie yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM25,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Das dan RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Das.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Tatau Bakar Edward Enggu dan Ketua Balai Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau PBK Jankey Jikat. 

Permohonan Pinjaman Membina Rumah Das Nyanggau RM750,000 DiluluskanTATAU: Tahniah kepada penduduk Rumah Das Nyanggau…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020