MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa berkhidmat kepada rakyat setiap masa tanpa perlu menunggu pilihan raya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini dapat dilihat pada setiap pemimpin PBB dan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa bekerja untuk rakyat setiap masa dan waktu.

“Bagi kita, kita berasa bersyukur kerana kita mempunyai disiplin dan kita benar-benar bekerja demi untuk kepentingan rakyat.

“Dan, kita bekerja bukan hanya semasa pilihan raya, tetapi setiap masa dan setiap waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Ahli Jawatankuasa Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara di Kelab Piasau Boat, Miri pada Jumaat.

Datuk Amar Awang Tengah turut mengingatkan setiap ahli-ahli PBB untuk tidak terikut-ikut dengan politik semasa yang berlaku di Semenanjung Malaysia khususnya dalam berebut jawatan Perdana Menteri.

“Kita, tidak seperti yang berlaku di Semenanjung itu. Tidak ada kerja lain dan kelam kabut, dan tidak habis-habis.

“Ada yang mahu menjadi Perdana Menteri. Semua ini lebih kepada mementingkan jawatan dan tidak mementingkan rakyat,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Naib Yang Dipertua PBB Sarawak Dato Gerawat Gala, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pertanian, Tanah Adat dan Pembagunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak merangkap ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan ADUN Lambir Ripin Lamat. 

Parti PBB Sentiasa Bekerja Untuk Rakyat, Setiap Masa Dan WaktuMIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020