JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di peringkat global ketika ini  menuju 40 juta berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu  Worldometers menunjukkan, kes positif di seluruh dunia ketika ini berjumlah 39,938,565.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk dengan 8.34 juta  dengan lebih 224,000 kematian.

Ini diikuti India dengan 7.49 juta dengan lebih 114,000 kematian dan Brazil 5.22 juta dengan lebih 153,000 kematian.

Sementara itu, jangkitan Covid-19 di Rusia  yang berada di tangga keempat dunia ialah 1.3 juta juta dengan lebih 24,000 kematian.

Sepanyol berada di tangga kelima dengan lebih 982,000 kes jangkitan dan lebih 33,000 kematian.

Sementara itu, Argentina, Columbia dan Peru melepasi angka setengah juta kes, begitu juga Perancis, Mexico Afrika Selatan, United Kingdom (UK) dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan Covid-19 adalah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.