TELANG USAN: Program Jom Regista Bisnes-Sarawakku Sayang menjadi platform untuk menarik minat masyarakat khususnya dari luar bandar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan adalah penting untuk masyarakat berusaha mengatasi kelemahan diri untuk berjaya dalam keusahawanan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penutupan Program Jom Regista Bisnes-Sarawakku Sayang di Long Lama, Telang Usan pada Jumaat.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak telah menyediakan tiga pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang merangkumi 28 jenis inisiatif dengan peruntukkan sebanyak RM2.55 bilion untuk menyokong rakyat termasuk PKS dalam memulakan semula perniagaan yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Katanya, ia termasuk peruntukkan Kerajaan Persekutuan melalui PENJANA merangkumi 38 inisiatif berjumlah RM49.5 bilion.

Ceburi Dalam Bidang Perniagaan Dan Keusahawanan Untuk Membawa Lebih Ramai Masyarakat Dari Luar BandarTELANG USAN:…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020