KUALA LUMPUR: UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9.

Surat tersebut yang didakwa diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menyebut Presiden bersama Ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru UMNO berharap agar ahli mahu pun rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu.

Sebelum  ini Presiden PKR itu mendakwa mempunyai jumlah ahli yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.