DEBAK: Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban di Saribas perlu diberi perihatian segera susulan keadaan sekolah tersebut kini dalam keadaan daif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, sekolah tersebut juga berdepan dengan masalah tanah terhakis yang boleh mendatangkan risiko kepada pihak sekolah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penangguhan Rasmi Program Pemantapan Kepimpinan SLT (SENIOR LEADER TEAM) Sekolah-Sekolah Kawasan Saribas di Debak, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau juga menyarankan kepada pihak sekolah kawasan itu untuk meningkatkan suasana kondusif dan selesa melalui program seperti pertandingan kekemasan sekolah.

Turut disampaikan sijil penyertaan serta sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Buda dan RM10,000 kepada Tabung Pendidikan Saribas melalui Projek Kecil Luar BaNdar (MRP) beliau.

Pada majlis yang sama Mohammad Razi memperuntukkan bantuan tambahan RM3,000 untuk setiap PIBG sekolah rendah di DUN Saribas.