SIMUNJAN: Program Gotong Royong Perdana mampumeningkatkan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan untuk menjaga

kebersihan persekitaran di kawasan kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, program seumpamanya juga boleh mewujudkan semangat kerjasama dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak.

Menurutnya, aktiviti berkenaan juga dapat memupuk perpaduan serta mengeratkan silaturrahim dan semangat kerjasama di antara masyarakat setempat dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain pertubuhan.

“Ini sekaligus mewujudkan suasana kampung yang kondusif serta identiti kepada Daerah Simunjan yang bersih, indah, selamat dan ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Gotong Royong Perdana Kampung Sageng, Simunjan dengan tema “Tiada Aedes Tiada Denggi” di Padang SK Sageng, Simunjan, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Geoffrey Ramji.

Program tersebut telah dimulakan dengan melakukan senaman pagi sebelum memulakan gotong royong.

Kemudiannya para peserta gotong royong telah diberikan taklimat ringkas di mana program gotong royong ini telah dibahagikan kepada empat zon di sekitar Kampung Sageng.

Program Gotong Royong Perdana Tingkat Kesedaran Komuniti SIMUNJAN: Program Gotong Royong Perdana mampumeningkatkan…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, October 17, 2020