LUNDU: Kerajaan negeri telah meluluskan geran tambahan sebanyak RM46,500 kepada 31 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Zon Lundu di Tanjong Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, geran yang diluluskan itu adalah bagi  keceriaan dan kebersihan kampung termasuk menyelenggara dewan dan rumah ibadat.

Selain itu jelasnya, seramai 49 orang pula menerima benih durian bagi memperkasakan bidang tanaman sekaligus meningkatkan sumber pendapatan penduduk setempat.

Beliau berkata demikian semasa Program Penyampaian Benih Durian dan Penyerahan Geran JKKK 2020 DUN Tanjong Datu di Lundu pada Jumaat.

Turut hadir ialah, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani serta pegawai dari Pejabat Pertanian Bahagian Kuching.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri terus membawa pembangunan di konstituensi berkenaan untuk manfaat rakyat dalam tempoh jangka masa panjang. 

RM46,500 Diluluskan Kepada 31 JKKK Zon LunduLUNDU: Kerajaan negeri telah meluluskan geran tambahan sebanyak RM46,500…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Friday, October 16, 2020