JUMLAH kumulatif kes positif global Covid-19 kini menghampiri angka 40 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Setakat awal pagi ini jumlah keseluruhan yang dijangkiti sejak virus maut itu menular di Wuhan, China pada akhir tahun lalu ialah 39,56 juta.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terkesan pandemik.

Jumlah kes jangkitan di negara Uncle Sam itu kini ialah 8.28 juta.

Ini diikuti India dengan 7.4 juta kes dengan lebih 113,000 kematian, manakala Brazil merekodkan lebih 5.20 juta kes dengan lebih 153,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1.36 juta kes dengan lebih 23,000 kematian.

Sepanyol yang berada di tangga kelima merekodkan hampir sejuta kes dengan lebih 33,000 kematian.

Sementara itu,  selain Sepanyol Argentina, Columbia  dan Peru melepasi angka setengah juta kes.

Turut melepasi 500,000 kes ialah Perancis, Mexico, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan Covid-19 adalah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh dan Jerman.