MATU: Nasib lima sekeluarga mangsa kebakaran di Kampung Sekerang Igan mendapat perhatian Pusat Khidmat N.44 Jemoreng yang tampil menghulurkan bantuan berupa wang tunai.

Penyampaian bantuan disampaikan oleh wakil ADUN Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Aini Latip pada Khamis.

Turut menyampaikan bantuan Jawatankuasa Bencana berupa wang tunai dan makanan asas yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Matu.

Manakala Pegawai Kebajikan Daerah Matu menyumbang bantuan berupa peralatan tidur dan perkakas dapur.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 pagi pada Khamis itu menyebabkan lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat jenis separuh kekal didiami mereka terbakar 80 peratus. 

Pihak BOMBA Mukah memadamkan api menggunakan sumber air di dalam jentera dan sumber air terbuka dan operasi tamat jam 5.15 pagi. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pelbagai Pihak Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Sekerang Igan MATU: Nasib lima sekeluarga mangsa…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, October 15, 2020