SERIAN: Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) mampu memperkasakan program pertanian, perladangan dan penternakan (3P) di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, program 3P tersebut mempunyai permintaan yang tinggi sekiranya diusahakan secara komersial.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan menerusi Program Dana Kemudahan Pertanian (AFF) bagi membantu golongan sasar.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan AgriCOP bagi kawasan Bukit Semuja di Kampung Merian Bedup, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, program berkenaan merupakan yang ketiga diadakan di Bukit Semuja iaitu melibatkan Kampung Riih Daso, Kampung Koran Paneg dan Kampung Merian Bedup.

John menambah, kesemua kampung di kawasan berkenaan perlu memfokus dengan satu produk pertanian bagi memudahkan urusan pengkomersialan kelak. 

AgriCOP Perkasa Program 3P SERIAN: Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) mampu memperkasakan program…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, October 15, 2020