KUCHING: Operasi pengesanan kontak rapat kes Covid-19 g giat dijalankan ke atas pekerja di tapak pembinaan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan bangunan lama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), 271 orang pekerja  disaring dalam operasi tersebut selepas dua kes positif dilaporkan di lokasi tersebut.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah  disaring, 176 daripadanya merupakan pekerja di tapak pembinaan HUS manakala 81 lagi melibatkan kakitangan kontraktor dan 14 pekerja bangunan lama INTAN Sarawak.

Sementara itu, kata kenyataan itu lagi, pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak telah membuat 25 tangkapan daripada operasi tersebut dengan 17 orang pekerja lelaki di tapak pembinaan HUS dan lapan lagi pekerja lelaki di bangunan lama Intan Sarawak.

JPBNS turut memaklumkan hari ini tiada kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 759 kes.

Jumlah kematian kekal 19 kes.

Hari ini juga tiada kluster baharu  dikesan, namun terdapat dua kluster iaitu Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra di Bintulu masih aktif.