Ketika jumlah kes jangkitan di seluruh dunia telah mencecah 38 juta, Indonesia kini merekodkan 344,749 kes jangkitan.

Dengan itu, negara 270 juta dengan 17,000 pulau itu berada di tangga ke-19 di dunia dari segi jumlah jangkitan.

Indonesia hanya berada di belakang Chile, Iraq, Bangladesh, Itali dan Filipina.

Filipina, negara Asean, sudah merekodkan 346,536 kes.

Jumlah kes baharu di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu ialah 4,127.

Dari segi kematian, negara itu sudah merekodkan 12,156 kes, termasuk 1229 kematian terbaharu.Ini bermakna dari kematian, Indonesia paling teruk di Asean.

Filipina pula mencatatkan hampir 6,500 kes kematian.