LONDON: Lelaki berusia 41 tahun yang juga peguam bertindak menyaman kedua-dua ibu bapanya dalam usaha memaksa mereka terus memberi sumbangan kewangan kepadanya untuk selamanya.

Menurut lelaki itu, ibu bapanya yang hidup mewah itu menyaranya dari segi kewangan selama 20 tahun, namun mereka mengurangkan jumlah wang yang sepatutnya di erikan kepadanya selepas hubungan dengan ibu bapanya menjadi dingin.

Dia mahu seorang hakim mengarahkan ibu bapanya terus membiayai kehidupannya.

Lelaki itu yang kini menganggur tinggal di pangsapuri milik ibu bapanya. Selain tidak perlu membayar sewa, dia juga tidak perlu membayar bil air atau api, namun semua itu nampaknya masih belum cukup memuaskan hatinya.

Hakim James Munby semasa memberi keputusan terhadap kes ini memberitahu kedua-dua ibu bapanya sudah membiayai kehidupannya sejak kecil sehingga usianya mencecah 41 tahun.

Mereka juga memberi kebenaran kepadanya tinggal di dalam pangasapuri milik mereka dan turut membayar bil air dan api untuknya.

Ibu bapa lelaki itu yang menetap di Dubai meminta mahkamah membatalkan kes tersebut dan itulah yang dilakukan oleh Hakim Sir James Munby.

Menurut hakim tersebut, lelaki itu tiada kes dan sekiranya dia berhasrat menyaman ibu bapanya lagi ia akan diketepikan serta-merta.