KUCHING: Anda mencari dan mahu membeli rumah kediaman dan  premis komersial?

Ini berita baik untuk anda.

Sebab  tawaran Kumpulan Syarikat Naim pasti dapat memenuhi impian anda.

Kumpulan Syarikat Naim melancarkan promosi hartanah mega mereka melalui ‘super deals’.

Menyifatkan promosi yang belum pernah berlaku sebelum ini, ia menyaksikan potongan atau rebat sebanyak 25 peratus dan lebih banyak lagi ditawarkan untuk hartanah kediaman dan komersial terpilih bagi seluruh hartanah syarikat.

Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Naim Christina Wong, promosi sebagai penghargaan atas sokongan masyarakat terhadap Naim selama ini.

Katanya, mereka yang berminat boleh menentukan harta pilihan mereka dengan melayari laman web syarikat, www.naimproperties.com.my, laman tempahan promosi ‘Super Deals’ di https://naimproperties.com.my/superdeals/ atau buat janji temu dengan mengunjungi unit pameran dan bayar yuran penyertaan yang relevan selepas itu dengan kemudian kod tempahan akan dikeluarkan kepada mereka.

“Selepas itu, log masuk ke laman tempahan ‘Super Deals’, buat tempahan anda pada 27 Oktober 2020 dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam sahaja dan ikuti pelbagai terma dan syarat untuk mengesahkan pembelian anda,” katanya.

‘Super Deals’ juga menampilkan program ganjaran kepada pencadang  yang menarik di mana setiap pencadang dapat memperoleh sehingga RM8,000 bagi etiap penjualan yang diperkenalkan .

Pertandingan dengan hadiah  wang tunai dan emas bernilai sehingga RM250,000 boleh dimenangi.