LEBIH ratusan ribu jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, menyebabkan jumlah kumulatif kes positif global kini 37.74 juta.

Data terbaharu menunjukkan, setakat tengah hari ini waktu Malaysia, jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia  menunjukkan sudah terdapat 1,081,443 kes kematian.

Menurut Worldometers, Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7, 991,998 kes.

Ini diikuti India dengan 7.12 juta kes kes dengan 109,184 kematian, manakala Brazil merekodkan 5.09 juta kes dengan 150,506 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia yang berada di tangga keempat pula melepasi angka 1.29 juta.

Sementara itu, kes di Columbia, Argentina, Sepanyol dan Peru pula melepasi angka setengah juta.

Colombia merekodkan lebih daripada 911,000 kes dengan 27,834 kematian manakala Argentina mencatatkan 894,206 kes dengan 27,834 kematian.

Turut melepasi 500,000 kes adalah Mexico, Perancis, Afrika Selatan dan United Kingdom (UK).

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Iran, Chile, Iraq, Bangladesh, Itali, Filipina dan Arab Saudi.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Kanada, Belanda, Belgium, Romania, Maghribi, Ecuador, serta beberapa negara lain.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu, statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 berada pada 1,074,985.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 214,761 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 150,198 kematian, India 108,334, Mexico 83,642 dan UK 42,915.

Itali, Peru, Sepanyol dan Perancis tetap berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes sementara negara yang mempunyai kes lebih 20,000 adalah Iran, Colombia, Argentina dan Rusia.