PARIS: Sepasang suami isteri di Le Havre, Perancis mahu membeli anak kucing Savanah, kacukan kucing Afrika dengan kucing domestik berharga AS$10,000.

Undang-undang Perancis membenarkan warga memelihara kucing liar sebagai haiwan peliharaan.

Namun menurut France Bleu pada Jumaat lepas, pasangan tersebut berasa curiga dengan perilaku kucing yang dibeli mereka.

Akhirnya mereka mendapat tahu bahawa haiwan disangka anak kucing itu sebenarnya ialah anak harimau.

Anak harimau ini diserahkan kepada pihak berkuasa Perancis.

Menurut media France Bleu, pihak berkuasa Perancis menangkap sembilan suspek terlibat menyeludup anak harimau berkenaan.

Harimau Sumatera merupakan haiwan terlindung dan hari ini hanya terdapat sekitar 400 ekor spesies ini di hutan menurut World Wildlife Fund (WWF).

Menurut WWF, mereka yang menangkap spesies harimau ini terancam hukuman penjara atau denda.