Jangan fikir virus maut akan berehat.  Sebaliknya ia terus mengganas sejak mula dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Jumlah kumulatif kes positif global Covid-19 kini melepasi mencecah 36.75 juta apabila kira-kira 370,500 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.83 juta kes jangkitan setakat tengah hari ini.

Jumlah kematian pula tertinggi di dunia, iaitu  lebih 217,000 kes.

Ini diikuti India dengan 6.90 juta kes  dengan 106,000 kematian, manakala Brazil merekodkan hampir  lima juta kes dengan 149,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1.2 juta kes dengan 22,000 kematian.

Sementara itu, Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan 564,501 hingga 877,684 kes.

Colombia yang berada di tangga kelima merekodkan lebih 886,000 kes jangkitan dengan lebih 27,000 kematian.

Sepanyol mengikuti di belakang dengan 884,381 kes jangkitan dan lebih 32,000 kematian.

Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan Indonesia pula merekodkan jumlah kes  antara 300,000 dan 500,000 kes setakat ini.

Manakala Ukraine, Kanada, Ecuador dan Qatar pula merekodkan angka 100,000 hingga 200,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka positif COVID-19 di bawah 100,000 kes.