Jumlah kumulatif kes positif global Covid-19 kini menghampiri angka 36.38 juta apabila kira-kira 349,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.77 juta kes jangkitan.

Negara Uncle Sam itu juga merekodkan jumlah tertinggi kematian dengan 216,784 kes setakat pagi ini.

Ini diikuti India dengan 6.83 juta kes dengan lebih 105,000 kes kematian, manakala Brazil melepasi lima juta kes dengan lebih 148,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia  yang berada pada tangga keempat dunia pula melepasi angka 1.24 juta kes.

Sementara itu, Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan 546,952 hingga 877,683 kes.Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan Indonesia pula merekodkan jumlah kes di antara 300,000 dan 500,000 setakat ini.

Dalam pada itu, Ukraine, Kanada, Ecuador dan Qatar pula merekodkan angka 100,000 hingga 200,000 kes.