Sunday, December 5, 2021

Perkhidmatan awam perlu peka keluhan orang ramai

Secara Rawak

KUCHING: Perkhidmatan awam perlu sentiasa peka dengan keluhan dan pandangan orang ramai dalam usaha meningkatkan penyampaian yang terbaik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, tindakan itu penting bagi semua warga kerja yang perlu berfikir secara kreatif dan inovatif serta berintegriti.

“Adalah amat penting untuk kita selalu sentiasa peka dengan keluhan rakyat dan juga pandangan mereka.

“Saya berharap semua warga kerja tanpa mengira sektor atau jabatan untuk sentiasa berfikir secara kreatif, inovatif dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya semasa Hari Inovasi Jabatan Pertanian di Kuching, semalam.

Tambahnya, inovasi dan motivasi kini dititik beratkan dalam pelaksanaan strategi-strategi untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Justeru itu adalah menjadi keutamaan kita untuk terus mempergiatkan usaha dalam menyemarakkan lagi budaya inovasi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih tepat, lebih cekap dan berkesan,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru