Jumlah kumulatif kes positif global Covid-19 terkini melebihi jumlah populasi Malaysia, dengan 36.02 juta kes direkodkan.

Jumlah penduduk Malaysia ialah 32.7 juta

Data terbaharu Worldometers menunjukkan, sebanyak 290 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.71 juta kes. Jumlah kematian pula terus berada di tangga pertama dengan lebih 215,000 kes.

Ini diikuti India dengan 6.75 juta kes dengan lebih 104,000 kematian, manakala Brazil merekodkan lima juta kes dengan lebih 147,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula  ialah lebih daripada  1.2 juta kes.

Colombia berada di tangga kelima dengan lebih 869,000 kes dengan lebih 27,000 kematian.

Sepanyol berada di tangga keenam dengan lebih 865,000 kes jangkitan dengan lebih 32,000 kematian.