NEW YORK: Calon presiden AS dari Demokrat, Joe Biden berkata beliau siap menentang Presiden AS Donald Trump pada debat diri kedua 15 Oktober ini.

Biden memberitahu wartawan pada Selasa, beliau tidak sabar berdebat dengan Trump, “tapi saya hanya berharap semua protokol diikuti,” ujarnya.

Menurut AFP, Biden bagaimanapun tidak akan melanjutkan debat jika Trump masih positif Covid-19.

“Ini masalah yang sangat serius,” kata Biden dan pewrcaya bahawa panduan doktor adalah hal yang benar untuk dipatuhi.

Trump pula setakat ini tidak memberi isyartat akan berundur daripada debat dan beliau menulis di Twitter, mengatakan sedang menunggu debat berikutnya.

Trump dan isterinya disahkan positif Covid-19, dua hari selepas debat pertama kemaraan calon presiden ke Rumah Putih menjelang pengundian November ini.

Trump meninggalkan Pusat Perubatan Nasional Walter Reed pada Isnin setelah dirawat empat hari walaupun menurut doktor beliau belum pulih.