Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 35.38 juta sehingga pagi ini.

Ini berikutan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu penjejak data, Worlodmeters menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 7.63 juta kes jangkitan sejak virus maut itu mulai dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Negara Uncle Sama juga muncul di tangga teratas dari segi  kematian dengan lebih 214,000 kes.

Ini diikuti India dengan 6.62 juta kes dengan kematian sudah mencecah 102,000, manakala Brazil merekodkan 4.9 juta kes dengan 146,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1.21 juta kes dengan lebih 21,000 kematian.

Sementara itu Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan Covid-19 ialah United Kingdom, Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan beberapa negara lain.