Tuesday, August 16, 2022

TVS, stesen TV milik Sarawak siarkan kandungan tempatan

Secara Rawak

SIBU: Stesen TV yang berpangkalan di Sarawak, TVS membolehkan Sarawak dihubungkan dengan negara luar untuk mempromosikan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

TV pertama hasil inisiatif Pengerusi GPS itu bakal dilancarkankan pada  11 Oktober.

Program yang mengutamakan kandungan tempatan meliputi  tempat menarik, budaya dan sejarah Sarawak itu akan dipancarkan melalui Saluran Astro 122.

Selain itu, stesen televisyen itu akan merangsangkan pertumbuhan industri kreatif yang bakal membuka banyak peluang untuk pemain industri menghasilkan kandungan tempatan sekali gus merancakkan industri kreatif tempatan.

“Orang Sarawak mempunyai bakat,” kata Abang Johari dalam ucapan di Majlis Konvensyen Khas PBB Zon Sibu, semalam.

“Kita  juga akan mempamerkan kekayaan budaya Sarawak yang terdapat di kawasan Rajang hingga ke Sibu. Ini kerana rakyat Sarawak banyak bakat,” katanya sambil menambah stesen itu akan memaparkan budaya masyarakat pelbagai kaum yang unik di Sarawak.

“Saya pilih 10 Oktober kerana bersempena dengan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru