Saturday, June 25, 2022

ADUN Kabong serah bantuan dan rasmi ASARfm SMK Agama Saratok

Secara Rawak

SARATOK: ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelancaran Radio ASARfm di SMK Agama Saratok pada Jumaat.

Chee dalam ucapan perasmiannya menyatakan transformasi dalam dunia pendidikan masa kini begitu pesat dan jauh bebeza jika dibandingan dengan masa lampau terutama ketika beliau masih bergelar pelajar.

Justeru katanya pelajar kini beruntung dan bertuah kerana dapat belajar dengan banyak kemudahan di samping mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing- masing.

Katanya sekarang ini kemudahan untuk memperkasa dunia pendidikan begitu banyak dengan sokongan kemajuan teknologi semasa.Kemudahan yang ada katanya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jelasnya pembelajaran pada masa kini bukan sekadar boleh berlaku di dalam bilik darjah sebaliknya berlaku dengan kebiasaan baharu iaitu secara di dalam talian ataupun secara maya.

“Dalam kekangan pandemik Covid-19 pelajar melakukan aktiviti pembelajaran secara dalam talian dan menduduki ujianpun secara dalam talian.

“Kemajuan yang dinikmati ternyata memberi kemudahan kepada pelajar ketika negara berdepan ancaman Covid-19 yang masih melanda dunia ketika ini.

” Kalaulah kita tidak mempunyai kemudahan dalam teknologi sudah pasti kita terpaksa berdepan dengan banyak masalah,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Wakil Pengetua, Nelleyhamdra Draupkelley binti Draup merangkap Penolong Kanan (PK) Pentadbiran SMK Agama Saratok, Yang Dipertua PIBG SMK Agama Saratok, Anuar Haji Kapok, PK Hal Ehwal Murid, Wan Mohd.Roslan Wan Ishak dan PK Kokurikulum, Hipeni Haji Mili.

Sumbangan yang diserahkan kepada pihak PIBG SMK Agama Saratok berupa peralatan siaraya dan juga tikar sembahyang untuk surau sekolah.

Chee turut mengumumkan pemberian sumbangan kewangan sebanyak RM5000 untuk PIBG sekolah tersebut.

Beliau juga berkesempatan merasmikan siaran Radio ASARfm yang telah mula beroperasi sejak Februari 2020.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru