JUMLAH keseluruhan kes positif global Covid-19 di seluruh dunia sehingga awal pagi ini lebih 34.79 juta.

Ia pertambahan lebih 323,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kematian di seluruh dunia pula ialah 1.3 juta

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.55 juta kes dengan lebih 213,000 kematian.

Ini diikuti India dengan 6.4 juta kes dengan lebih 100,000 kematian, manakala Brazil merekodkan 4.8 juta kes dengan lebih 145,000 kematian.

Di Rusia pula, jumlah jangkitan mencecah 1.19 juta dengan 21,000 kematian.

Berada di tangga keenam ialah Colombia dengan lebih 841,000 kes dengan lebih 26,000 kematian.

Negara-negara seperti  lain yang mempunyai lebih 600,000 kes ialah Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis.