KUCHING: Permasalahan yang dihadapi oleh sebuah kuil Hindu yang terletak di kawasan Batu Kitang dan Batu Kawa, iaitu Pertubuhan Kesedaran Krishna Antarabangsa (Iskon Kuching) mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.
Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan telah melakukan lawatan ke kuil tersebut pada Selasa bagi meninjau dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi di kuil tersebut.
Hal ini berikutan sami kuil tersebut telah memohon bantuan untuk membuat pagar di sekeliling halaman kuil disebabkan pagar yang sudah usang.
Selain itu, sami tersebut juga risau terhadap bangunan kuil yang akan terjejas berikutan kontraktor yang memajukan tanah bersebelahan kuil.
ADUN Batu kitang itu berkata, beliau akan menyelesaikan masalah bagi membantu membaik pulih rumah ibadah tersebut.