JAKARTA: Setiap hari tepat 9 pagi, pegawai kerajaan Ricky Mulyana dan tiga rakan sekerjanya mengenakan PPE dan mengusung keranda di bahu.

Mereka siap sedia melakukan “perarakan pengebumian’ di jalan-jalan utama kota itu.

Keranda berwarna putih itu dibungkus dengan plastik dan di dalamnya pula di masukkan patung.

Ketika Indonesia dibelenggu pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan negara itu mencatat jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara, pihak berkuasa melakukan pelbagai kaedah memberi kesedaran kepada penduduk bahayanya Covid-19.

Menurut Mulyana, tugas mereka sukar kerana penduduk negara itu tidak faham bahaya penyakit tersebut.

Malah orang ramai juga tidak sedar penggunaan pelitup muka amat penting untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Mulyana berharap “perarakan pengebumian” ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

Selain kaedah tersebut, pihak berkuasa sebelum ini menggunakan khidmat “pocong” mengelak penduduk melanggar perintah PKP.

Manakala bagi yang ditangkap kerana tidak memakai pelitup muka, mereka didenda menggali kubur mangsa Covid-19.