KUCHING: Sebanyak RM9 juta diperuntukan bagi membaik pulih serta menaik taraf bekalan air di sekolah luar bandar.

Menteri Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peruntukan Kerajaan Sarawak itu
dimanfaatkan untuk sekitar 50 sekolah di seluruh negeri.

Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) berkata, Kerajaan Sarawak menyediakan dana RM1 billion membangunkan prasarana sekolah.

Menurut beliau, Kementerian Utiliti memastikan aspek utiliti tersebut diambil perhatian sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya pernah mencadangkan agar bekalan elektrik dan air untuk sekolah di pedalaman tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Utiliti.

Beliau juga membayangkan jika sekolah mendapat manfaat daripada Sawas atau Sares selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak membekalkan air dan elektrik ke seluruh isi rumah menjelang 2025.