WASHINGTON: Bermulanya debat Pilihan Raya Presiden AS pada Rabu menyaksikan calon presiden Donald Trump dan menentang Joe Biden tanpa kedua-duanya memakai pelitup muka.

Pertemuan awal itu dimoderatorkan oleh Chris Wallace, pengacara Fox News Sunday.

Bermulanya debat perdana ini, populariti Trump (41 peratus) tertinggal 10 peratus, berada di bawah Biden (51 peratus) menurut undian CNN.

Antara isu panas yang melanda Trump adalah apabila New York Times membuktikan presiden AS itu tidak membayar cukai pendapatan dalam 10 dari 15 tahun.

Trump juga dibuktikan gagal menangani penularan Covid-19 yang menyebabkan AS berdepan jumlah jangkitan tertinggi di dunia dengan jumlah kematian yang juga teratas.