PBB: Perdana Menteri Kuwait Sabah Khaled al-Hamad al Sabah mendesak Israel segera menamatkan penjajahannya ke atas Palestin.

Kuwait menyatakan sokongannya ke atas pembentukan negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu kota.

Al-Sabah pada Sidang Umum PBB (UNGA) Ke-75 bertegas bahawa Kuwait berprinsip menyokong rakyat Palestin mendapatkan hak yang sah dan menduduki
posisi penting di dunia Arab dan Islam.

Al-Sabah mahu rundingan damai diteruskan demi mencapai perdamaian dan kemerdekaan sesuai dengan Prakarsa Perdamaian Arab.