DELHI: Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan foto wanita yang sedang bekerja di tapak pembinaan yang mengendong bayi di belakangnya, sambil dia membawa bata di kepalanya.

Bayi tersebut diletakkan di dalam kain selendangnya.

Wargamaya yang melihat foto itu memberi pelbagai reaksi dan komen positif dan komen sentap.

Sebahagiannya menyuarakan rasa kagum memuji wanita itu yang mampu melakukan dua kerja sekali gus.

Biarpun dia bekerja mencari rezeki, namun tanggungjawabnya sebagai ibu tetap tidak dilepaskannya.

Ada juga yang berpendapat foto ini melambangkan kemiskinan dalam masyarakat setempat.