PARIS: Seorang guru yang mempunyai tatu terbanyak di Perancis mengaku dia dilarang mengajar di pusat pendidikan kanak-kanak setelah dibantah orang tua seorang murid di sekolahnya.

Sylvain Helaine, 35, mempunyai tatu memenuhi badan dan wajah serta lidahnya, bahkan bola matanya dihitamkan.

Helaine menggunakan 460 jam membuat tatu berkenaan dengan tatu pada bola matanya dilakukan di Swiss.

Helaine bagaimanapun masih mengajar murid berusia 6 tahun ke atas.

Menurut Helaine, dia tidak mengajar anak yang ibu bapanya gusar perihal penampilan dirinya.

Dia mendakwa murid-murid lain yang diajarnya “santai” dengan penampilannya kerana mereka rapat dengannya.

Helaine memberitahu Reuters: “Hanya orang melihat saya dari jauh menyangka hal buruk.”

Helaine mengaku tahun lalu ketika dia mengajar di sekolah di Palaiseau, dekat Paris, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun memberitahu ibu bapanya yang dia mengalami mimpi buruk setelah melihatnya.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut mengadu kepada pihak pejabat pendidikan.

Dua bulan kemudian, dia dilarang mengajak kanak-kanak awal usia yang membuat dia rasa sedih.

Helaine menganggap, penampilannya itu mampu mengajar kanak-kanak agar dapat menerima orang lain yang berbeza.

Namun baginya tidak bagi orang dewasa yang mungkin bersikap rasis atau homofobia.