GENEVA: Jumlah kematian global akibat Covid-19 mungkin meningkat kepada dua juta iaitu dua kali ganda, sebelum vaksin yang berkesan digunakan secara meluas.

Mengutip Reuters, dilaporkan jumlah itu mungkin lebih tinggi tanpa tindakan bersama-sama untuk mengekang pandemik itu, menurut WH0.

“Melainkan kami lakukan kesemuanya dengan dua juta kematian, bukan hanya dapat dibayangkan tetapi malangnya kemungkinan besar ini akan berlaku,” kata ketua program kecemasaan PBB, Mike Ryan.

Jumlah kematian dalam tempoh sembilan bulan sejak virus korona dikesan di China kini menghampiri satu juta.

“Kita belum terlepas daripada bahaya di mana-mana tempat, kita juga belum terlepas daripada bahaya di Afrika,” kata Ryan.

Menurutnya, golongan muda tidak harus dipersalahkan bagi peningkatan kes baru-baru ini meskipun terdapat kebimbangan bahawa mereka punca utama penularan selepas sekatan dilonggarkan di seluruh dunia.

“Saya benar-benar berharap kita tidak akan saling menuduh. “Perkara terakhir, warga emas dengan angkuh menuding jari ke arah golongan muda,” katanya.

Tambah Ryan, perhimpunan secara tertutup melibatkan individu daripada semua peringkat umur turut menyebabkan pandemik itu terus menular.

WHO kini meneruskan rundingan dengan China akan kemungkinan ia terlibat dalam skim pembiayaan COVAX yang direka untuk menjamin akses pintas dan saksama secara global kepada vaksin Covid-19.

“Kami berunding dengan China akan peranan yang mungkin mereka mainkan ketika kami terus melangkah ke hadapan,” kata Bruce Aylward, penasihat kanan WHO dan ketua program ACT-Accelerator bagi menyokong vaksin, rawatan dan diagnosis Covid-19.