Tuesday, May 11, 2021

KM Sabah: Hajiji atau Bung?

Mesti baca

KOTA KINABALU: Bakal ketua menteri Sabah baharu diketahui selepas Tuan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin mengumumkan perkara itu.

Kumpulan GRS mengadakan pertemuan di Istana Negeri di Kota Kinabalu hari ini.

Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah bermesyuarat di Hotel Magellan Sutre di Kota Kinabalu namun diakui BN, PN dan Bersatu Sabah gagal mencapai kata sepakat berkaitan calon ketua menteri.

Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dilaporkan memasuki kawasan Istana Negeri sekitar 2.27 petang tadi diikuti Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Nor.

Kedua-duanya antara nama yang dicalonkan sebagai ketua menteri Sabah.

GRS terdiri daripada gabungan tiga parti memenangi PRN Sabah pada Sabtu semalam dengan memperolehi majoriti mudah 38 kerusi dan tiga lagi Adun bebas dilaporkan turut menyokong penubuhan kerajaan baru itu.

Pesaing, Warisan Plus diketuai Mohd Shafie Apdal mendapat 29 kerusi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru